Saturday, May 24, 2014

Kehidupan.

Setiap manusia semestinya mengimpikan kehidupan yang sesempurna mungkin dan sentiasa nak menjadi terbaik di antara yang terbaik. Membina impian,cita-cita dan berazam untuk tunaikan. Angan-angan mat jenin belaka. Kehidupan aku berbeza dari orang lain. Aku selalu berhasrat untuk menjadi orang lain. Aku tak suka dengan diri aku yang sekarang. Bila ada kesempatan masa aku akan berangan dan terus berangan. Seorang perempuan yang langsung tak ada pendirian hidup yang tetap. Bila dikenang kembali memang kata orang menyesal tiada guna lagi kan? tapi bagi diri aku, aku akan terus hidup dalam rasa kekesalan. Aku langsung tak ambil serius soal kehidupanku pada masa akan datang. Huh, mengeluh lagi. Itu saja yang mampu aku buat pada masa ini. Hala tujuku tak tahu ke mana selepas ini. Tawaran belajar ke universiti tidak layak untuk ku. Matrikulasi? Lebih baik jangan sebab aku tahu aku tak mampu nak teruskan. Rasa terumbang ambing. Sedih,kecewa perit itu saja yang dapat aku rasakan sekarang. Semua rakan rakan ku membawa haluan mereka masing masing. Berbekalkan kejayaan yang mereka kecapi. Cemburu usah dicakap. Keluargaku tak tahu nak cakap apa lagi padaku. Hanya menunggu rezeki yang ALLAH s.w.t. akan berikan kepadaku di hadapan kelak. Tetapi aku tidak harus jatuh dan terus jatuh. Aku harus terus bangkit berjuang.Insha Allah. masa nya akan tiba. dalam lumrah kehidupan seorang manusia tidakkah pelik bila semuanya berada di atas pada masa yang sama? hari ini aku mahu memotivasikan diri aku ini. supaya tidak terus mempersalahkan takdir. semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. jika semuanya sempurna tiada lah satu perkataan yang dinamakan UJIAN .

BERFIKIRLAH KE HADAPAN
YANG BERLALU BIARKANLAH
KEHIDUPAN MESTI DITERUSKAN
SABARLAH WAHAI HATI   ............